Thursday, January 26, 2012

rasa down sebab apa?

ASSALAMUALAIKUM..
firstly dalam sejarah sem ney..
kelas pagi semua cancel...maharajalela la cheq online malam ney..
weeeee~~~ best ooo...
then tetiba nak update blog kan..so here's the topic..
up there..

rasa down sebab apa ye?

sebab rasa tak cantik or hensem??

sebab tak pandai macam yang lain??

sebab tak kaya macam membe lain??

sebab apa jelah kan yang boleh buat hampa putus asa..malu..segan..apa lagi ye..

tak payah la nak rasa begitu..
semua orang ada kelebihan masing-masing..
cuba muhasabah balik diri..
pikir apa kelebihan hampa yang Allah bagi..
setiap orang ada kelebihan..
even dia OKU (orang kurang upaya)..
dia still ada kelebihan..


tengok tue..siap boley main bola keranjang lagi..
tambah la yang sihat kan..
ada mereka rasa tersisih??
malu nak tonjol depan masyarakat??
bangun la dari zaman kegelapan..
kuatkan diri untuk tempuh dugaan dunia..
keluarlah dari zon selesa dan maju lah setapak demi setapak ke hadapan..
jangan sebab kita kekurangan sedikit dari orang lain..
kita rasa diri kerdil sangat..
carilah kelebihan diri yang tersembunyi dalam diri..
jangan ingat dengan bersembunyi,
kita berada dalam zon selesa..
setiap dugaan akan berakhir dengan kejayaan..
INSYAALLAH..
Allah tahu batas atau had kita..
Allah hanya memberi dugaan berdasarkan kemampuan kita..
Allah lebih mengetahui.


Monday, January 16, 2012

bila umur semakin meningkat..

assalamualikum...
blog dah bersawang dah cjeq tengok...
lately busy dengan assignment and test..
so jarang nak update..just sempat blogwalking saja..

back to the topic..
cheq nak kongsi sikit pasal perangai or behaviour bila umur semakin meningkat..
based pada apa yang cheq rasa ye..just my opinion

Hubungan Dengan Kawan/Saing
kecik-kecik dulu mesti hampa penah buat kan..mengejek kawan..
kalau yang nama pelik-pelik sikit ja..mula naik kait ngan binatang ke buah ke..
apa-apa jelah...mula-mula untuk suka-suka ja..tapi bila gaduh..
lagi terok la jadinya..
tapi bila dah umur meningkat dewasa..
time umur macam ney dah boleh pikir mana yang baik dan buruk..
nak buat sesuatu mesti pikir dulu..even percakapan..
kawan pon dah pandai pilih..yang baik buat ikutan..yang kurang baik bagi teguran..
mana ada dah nak mengejek atau menganjeng nama..
dah pandai jaga hati kawan..cara cakap pon dah makin sopan..
yang mana kekurangan kawan..kita tolong dan sebaliknya..
ukhwah yang terjalin dijaga ibarat tukang kebun dengan pokok bungnya..
disiram setiap hari..parasit-parasit sekeliling dibuang agar pokok bunga tumbuh dengan segar.

Hubungan Dengan Keluarga
masa kecik-kecik dulu..apa yang kita minta mesti ayah kena beli..
kalau cakap nak hari tue..hari tue jugak beli..kalau tak..mula la nak mengamuk..
masa tue dah tak pikir ayah ada duit ke tidak..janji permintaan kita tertunai..
ayah pon beli la sebab nak tengok anak dia gembira walaupun duit berkurang..
semua demi anak...then hubungan dengan adik beradik time ney tunggang-langgang sebab selalu ja bergaduh..
abang lebih sikit tak bley..
tapi bila dah dewasa..
kita tak minta dah yang bukan-bukan ke ayah..mungkin ada setengah yang ada duit..
diorang beli sendiri ja..sebab tak nak susah kan ayah..kalau yang tak da pendapatan sendiri
tue dia akan minta bila ayah ada duit lebih...kalau nak minta pon minta benda yang penting saja..
yang tak penting kita akan letak ketepi dulu..dah boleh pikir mana yang penting dan tak..
mana keperluan dan kehendak...

Hubungan Dengan Allah
masa kecik-kecik dulu..tak pandai nak menghayati kalau masa solat..
kalau mak suruh sembahyang..kita sembahyang ja...yang tau sebab sembahyang..
sebab Allah yang perintahkan..pas tu kalau apa jadi mesti salahkan siapa-siapa..
macam menunding jari la...biasa la budak-budak..mana tau qada' dan qadar kan..
tapi bila dah dewasa ney..
dah tau solat sebab apa..tak payah mak or ayah nak jerit-jerit suruh pergi solat...
akan ada kesedaran dalam diri sendiri nak tunaikan perintah Allah...
kalau masalah timbul..dah tak menunding jari ke siapa-siapa..
sebab tau semua yang berlaku pasti ada hikmah dan tue suma adalah ujian daripada Allah...
dah boleh bezakan suruhan dan larangan Allah...



Sunday, January 08, 2012

renungan pagi ahad

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
 “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

berdasarkan hadis ney ye...cheq nak buat kesimpulan la..ney pendapat cheq la..

1) JANGAN PENTINGKAN PARAS RUPA SANGAT
selalu cheq dengar orang cakap.."biar muka tak hensem/segak..janji hati baik..iman mantap.."
kalau iman kita kuat..orang yang tengok pon nampak sejuk ja mata memandang walaupun muka kita tak sehebat yang lain...biar tak ada rupa macam artis korea..asalkan sejuk mata memandang.

2) JANGAN KEJAR HARTA SANGAT
kalau harta banyak..mungkin pasangan itu akan hidup senang..tapi hati tak tenang kalau iman tak kuat..
kalau ada duit hati tak tenang, boleh pergi melancong jauh-jauh..tinggal semua orang yang kita tak suka..
mesti ada yang pikir macam ini kan..pikir lah balik..pergi melancong jauh-jauh kalau jauh dari ALLAH, tenang ke hati tu?? nak gembira sekejap ja..nanti akan datang balik kesedihan.. tak semua kehidupan kita dihiasi pelangi kerana hidup ini ibarat roda.ada yang diatas dan yang diatas akan berada dibawah suatu hari nanti.

3) KEBAHAGIAAN DALAM REDHA ALLAH
jika kita melakukan sesuatu kerana manusia, kita hanya akan bahagia apabila dipuji, dan selagi manusia itu hidup di muka bumi. Jika kita melakukan sesuatu kerana mencari redha Allah, kita akan merasa bahagia selamanya.
kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana ketaatan keluarga kepada Allah. 

ney semua pendapat cheq saja..kalau ada yang kurang boleh la komen ye..cheq sedia terima teguran atau apa-apa saja..tak salah kongsi ilmu kan..    

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD