Thursday, November 10, 2011

Awal lagi nak balik PERLIS ney!!


...Assalamualaikum...
cheq kena balik PERLIS hari ney..
esok ada kursus asas JPA (Jabatan Pertahanan Awam)..
pikir-pikir malas nak balik sana..
sebab cuti cheq tak habis lagi..
tapi nak buat macam mana..
nak cari income kan..
merelakan jelah pergi..

tima kasih ye JANNAH membe yang akan tumpangkan tempat tidur..
tima kasih ye KHARRAZI sebab bakal tunjukkan jalan ke SERIAP,PERLIS.

SERIAP,PERLIS???
cheq ingt dah abis tawaf PERLIS..
rupa-rupanya belum!!!!!
sekali dapat mesej dari JPA kata kena kumpul dekat SERIAP..
terkejut cheq..
SERIAP kat mana ney??
jalan mana??
kenapa macam tak penah dengar??
hahhaaa...
 last2 jadi macam BONAT ney...
guling-guling sebab pening..
hahahaa..
tanya punya tanya membe..
last-last EN. KHARRAZI ney la yang nak tunjukkan jalan..
alhamdulillah la..
ada juga nak menolong..
terima kasih ye..

p/s: cerpen tue nanti cheq sambung ya..

Friday, November 04, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~ Bab 2

BAB 2

Sudah hampir sebulan lebih Nusha berhubung dengan Amsyar. Banyak mengenai Amsyar yang dia tahu. Segala suka-duka mereka kongsi bersama. 
"Amsyar, kenapa awak tak nak kembali kepada kekasih lama awak?". 
"Saya nak mula hidup baru dengan awak, Nusha. Boleh kan?", jawab Amsyar tenang. 
"Tapi awak masih sayangkan dia kan? Saya hanya hendak awak gembira dengan hidup awak. Biarlah awak bahagia dengan orang lain. Asalkan awak bahagia", balas Nusha dengan nada sebak. 
Nusha mengeluh sendirian apabila terkenangkan perbualan mereka beberapa hari yang lepas. Adakah keputusan berbaik kembali dengan pujaan hatinya dapat mengubah hidupnya?. Bukankah ini yang kau tunggu Nusha?Dah lama kau tunggu untuk bersama dengannya semula. Bisik hati kecilnya. Tapi bagaimana dengan Fakhrul dan janji antara dia dan Fakhrul. Akhirnya Nusha terlelap bersama dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya. 

"Kepadamu ku curahkan..
Kepadamu kubuktikan..
Segala yang ku janjikan..
Dari dulu dan selamanya.."
Nusha terjaga dari tidur apabila terdengar bait lagu dari kumpulan A to Z yang menandakan ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya. Nusha membuka peti pesanan dan tertera nama Amsyar.

Hye awak! Tengah buat apa tu?

Hye! Terlelap tadi. Awak tengah buat ap tu?. 

Balas Nusha bersahaja.

Tak buat apa pun. Kita jumpa sekejap boleh tak Nusha? Kita jumpa di tempat kita selalu jumpa.

Balas Amsyar dengan penuh harapan dapat menatap wajah yang amat menyayangi dan mencintainya.
Nusha berfikir sejenak sebelum memberi jawapan. Pelbagai persoalan timbul di ruang kepala Nusha. Akhirnya Nusha membalas jawapan yang tidak menghampakan Amsyar.

*******************

Mereka bertemu di tempat seperti yang dijanjikan. Nusha nampak manis dengan blouse putih  dan dipadankan dengan seluar jeans bewarna biru lembut. Terpana Amsyar seketika dengan penampilan Nusha yang tampak ayu. Inikah gadis yang amat mencintai aku? Kenapa aku buta dalam menilai erti cinta? Bisik Amsyar didalam hatinya. Dahulunya Nusha seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Hidupnya hanya t-shirt dan seluar slack. Tapi Amsyar tidak menyangka Nusha berubah sebegini rupa. Amsyar tersedar dari lamunannya apabila terdengar kerusi dihadapannya di tarik ke belakang.

"Awak dah lama sampai Am? Saya minta maaf la lambat sedikit.", Nusha memulakan perbualan apabila menyedari Amsyar tidak berada dalam dunianya.
"Err..dah lama eh tak! Baru je. Dalam sepuluh minit. Awak nak minum atau makan apa-apa tak? Am tolong order kan.", balas Amsyar dengan rasa malu.
Nusha hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Nusha menoleh sekeliling kedai makan itu bagi menghilangkan resah dihatinya. Amsyar menyedari Nusha tidak selesa, dia segera mencari cara untuk menceriakan keadaan.
"Nusha! Awak cari apa tu? Am nampak ada kucing la bawah kerusi Nusha", sambil menahan ketawa.
Sepantas kilat Nusha mengangkat kedua belah kakinya ke atas kerusi sambil kepala meliar mencari kucing yang dimaksudkan Am. Resah muka Nusha kerana dia benar-benar fobia dengan kucing. Semuanya bermula ketika dia masih berumur 12 tahun. Ketika itu dia amat gemar bermain dengan kucing. Sampailah satu masa dimana dia dicakar oleh kucing kesayangannya di bahagian muka. Menangis Nusha menahan kesakitan apabila mamanya meletakkan minyak untuk mengubati kesan cakaran itu. Bermula dari saat itu Nusha amat takut akan kucing. 
"Larh! Nusha masih macam dulu. Takut sangat dengan kucing", sambil ketawa Amsyar bersuara.
"Mana kucing tu Am?", soal Nusha dengan suara tersekat-sekat.
"Dah lari dah pon sebab ada mak kucing kat sini." balas Amsyar dengan ketawa yang semakin menjadi-jadi.
"Am tipu Nusha ye. Sampai hati Am.", balas Nusha dengan wajah masam mencuka. Dia mahu mengenakan Amsyar kembali.
"Nusha baliklah macam ney."
"Nusha jangan la macam ney. Am minta maaf ye. Tadi Am tengok Nusha resah sangat. Nak senyum pon susah. Cuba senyum sikit.", mohon Amsyar dengan wajah simpati.
Nusha hanya tersenyum apabila melihat wajah Amsyar yang penuh dengan simpati itu. Hati Nusha berbunga bahagia. Mereka menghabiskan masa bersama. Mengimbau kenangan lalu sambil menghirup udara petang di Pantai Merdeka. Ada saja gelagat Amsyar yang selalu membuat Nusha ketawa. Mereka pulang ke rumah apabila melihat langit menimbulkan mega-mega merah. Menandakan hari akan menggantikan diri dari siang ke malam.

bersambung


P/S : Hidup ini tak selalunya indah..akan tiba juga warna-warna suram dalam   kehidupan.


Thursday, November 03, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~

BAB 1

"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke universiti. Uitm tunggu aku ye".
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Nusha. Impian untuk menjejakkan kaki di universiti telah tercapai. Nusha ditawarkan jurusan Diploma Analisis Pelaburan dalam fakulti perniagaan di Universiti Teknologi Mara Perlis. Nusha keluar dari pusat komputer dengan senyum bermakna. Nusha menghidupkan enjin motorsikalnya dan pulang ke rumah.

Di rumah, mama Nusha bertanya "Macam mana dengan keputusan permohonan ke universiti? Dapat tak? Mama tengok semua kawan-kawan hang dah sambung blajaq. Hang saja yang dok rumah." Nusha hanya tersenyum sambil berkata "Adik diterima la. Uitm Perlis jurusan Analisis Pelaburan.". "Alhamdulillah la. Mama pikiaq kalau hang tak dapat U , mama nak suruh hang sambung pi tingkatan 6 ja".

*************
Sekarang dah 4 semester Nusha di Uitm. Sekarang Nusha sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester. Sedang Nusha leka mengulang kaji, terdengar bunyi lagu Kau Ilhamku nyanyian ManBai dari telefon bimbit Nusha. "Aik! Kenapa dia telefon aku tiba-tiba ney? Dah la dulu macam nak tak nak saja layan aku", ngomel Nusha sambil menekan butang hijau. "Helo? Ni Nusha ye?", tanya si pemanggil. "Ya. Ni Nusha. Kenapa ya telefon?". Soal Nusha dengan penuh keraguan. Setelah beberapa minit berbual, panggilan ditamatkan. Raut wajah Nusha menunjukkan pelbagai ekspresi. Nusha tak tahu adakah dia perlu gembira dengan kehadiran lelaki yang sangat dia cintai.

"Nusha! Semalam Amsyar ada datang sini. Kau nampak tak?", soal Anis. "Aku nampak. Lama dah aku tak jumpa dia. Nanti aku sambung belajar, mungkin tak akan jumpa dia dah. Mungkin dah tiba masa aku lupakan dia, Anis." Nusha hanya melihat Anis dengan wajah yang kecewa.

Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku telah dapat melupakannya? Apakah ini jodoh ku Ya Allah. Apakah petanda disebalik semua ini Ya Allah. Adakah dia hanya mahu menguji aku Ya Allah. Biarlah aku mencintainya dari jauh dari dia menyakiti hatiku ini. Aku tidak kuat lagi untuk menempuh semua ini Ya Allah.

bersambung~~~




HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD