Thursday, November 03, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~

BAB 1

"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke universiti. Uitm tunggu aku ye".
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Nusha. Impian untuk menjejakkan kaki di universiti telah tercapai. Nusha ditawarkan jurusan Diploma Analisis Pelaburan dalam fakulti perniagaan di Universiti Teknologi Mara Perlis. Nusha keluar dari pusat komputer dengan senyum bermakna. Nusha menghidupkan enjin motorsikalnya dan pulang ke rumah.

Di rumah, mama Nusha bertanya "Macam mana dengan keputusan permohonan ke universiti? Dapat tak? Mama tengok semua kawan-kawan hang dah sambung blajaq. Hang saja yang dok rumah." Nusha hanya tersenyum sambil berkata "Adik diterima la. Uitm Perlis jurusan Analisis Pelaburan.". "Alhamdulillah la. Mama pikiaq kalau hang tak dapat U , mama nak suruh hang sambung pi tingkatan 6 ja".

*************
Sekarang dah 4 semester Nusha di Uitm. Sekarang Nusha sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester. Sedang Nusha leka mengulang kaji, terdengar bunyi lagu Kau Ilhamku nyanyian ManBai dari telefon bimbit Nusha. "Aik! Kenapa dia telefon aku tiba-tiba ney? Dah la dulu macam nak tak nak saja layan aku", ngomel Nusha sambil menekan butang hijau. "Helo? Ni Nusha ye?", tanya si pemanggil. "Ya. Ni Nusha. Kenapa ya telefon?". Soal Nusha dengan penuh keraguan. Setelah beberapa minit berbual, panggilan ditamatkan. Raut wajah Nusha menunjukkan pelbagai ekspresi. Nusha tak tahu adakah dia perlu gembira dengan kehadiran lelaki yang sangat dia cintai.

"Nusha! Semalam Amsyar ada datang sini. Kau nampak tak?", soal Anis. "Aku nampak. Lama dah aku tak jumpa dia. Nanti aku sambung belajar, mungkin tak akan jumpa dia dah. Mungkin dah tiba masa aku lupakan dia, Anis." Nusha hanya melihat Anis dengan wajah yang kecewa.

Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku telah dapat melupakannya? Apakah ini jodoh ku Ya Allah. Apakah petanda disebalik semua ini Ya Allah. Adakah dia hanya mahu menguji aku Ya Allah. Biarlah aku mencintainya dari jauh dari dia menyakiti hatiku ini. Aku tidak kuat lagi untuk menempuh semua ini Ya Allah.

bersambung~~~




No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD