Sunday, November 27, 2011

Beras RM 3???



Kejadian berlaku di stesen bas Butterworth..depan toilet perempuan berdekatan dengan pondok polis..mengadap tempat kereta atau motorsikal menurunkan penumpang atau sedara mara yang nak naik bas..


Sedang asyik menunggu si dia yang dalam perjalanan nak amik cheq..dengan sabarnya cheq menunggu walaupun dalam keadaan panas..ternampak kelibat seorang perempuan dalam lingkungan 30-an di celah-celah orang ramai..
Cheq yang melihat wanita itu terus mengukirkan senyuman setelah menyedari wanita itu melihat cheq..wanita itu melintasi cheq yang sedang duduk di bangku yang disediakan.
Setelah beberapa minit, cheq menoleh ke kiri dan tanpa disedari, wanita tersebut baru keluar dari toilet dan melihat ke arah cheq..buat kali kedua cheq senyum lagi..wanita itu bergerak ke arah cheq dan...


wanita : Adik..akak nak minta RM3 nak beli beras dik..akak takda suami..mak pon dah tak da..anak ramai..duit tak da nak beli beras..


cheq terus mengambil purse di dalam beg tangan dan mengeluarkan RM3..terus wang itu diberi ke wanita itu..


end of the story..


selepas itu..cheq terpikir..badan sihat..bawa handbag cuma tudung ja dia buat macam tak terurus..yang lain semua okey..
tapi yang menjadi kemusykilannya:

1) Kenapa tak kerja kalau dah badan sihat?
    Minta sedekah??ambil jalan mudah ka?kerja lain kan boley buat. ye mungkin tak da kelulusan..tapi tu bukan alasan! yang lain tak da kelulusan pon boleh kerja..usaha la sikit.jangan nak ambil jalan mudah dengan pura-pura miskin, tak bersuami dan anak ramai untuk dijadikan modal minta simpati orang..
2) Kenapa dekat cheq ja dia minta??
    Ramai lagi yang ada dekat sekeliling cheq..bukan cheq nak pertikai..tapi tadi nampak sangat dia macam nak tuju ke cheq..sebab cheq senyum ka yang dia berani minta ke cheq??yang lain muka kelat ja time tue..lepas minta tue terus ja jalan cepat-cepat..macam buat salah besar ja..takpa..cheq halalkan kalau kenyataan akak tu tak benar..tue urusan akak dengan Allah.
3) Beras ada ka jual RM3??
    Beras RM3 dapat banyak mana??kata anak ramai..macam mana nak bagi makan..mama cheq pon tak caya..zaman sekarang macam-macam cara orang nak dapatkan duit...kalau dulu ya! cheq percaya ada beras RM3..sekarang mustahil!!


MORAL OF THE STORY:
Selalu berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Jangan pernah percayakan orang asing atau yang anda tidak kenali. Pikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.

Friday, November 18, 2011

selami hati pembantu rumah


ORANG GAJI / AMAH / PEMBANTU RUMAH

Apa yang hampa faham maksud orang gaji / amah / pembantu rumah??
Diorang ney dibayar gaji untuk membantu kita terutamanya suri rumah tangga untuk mengemas, mencuci, menyapu, menyediakan dan apa-apa ja kerja rumah yang bersesuian..tapi bukan untuk dijadikan hamba abdi.
itu yang cheq faham la pasal orang gaji..

TAPI!!!

ada setengah orang atau majikan buat pembantu rumah ney macam hamba abdi..
ney melalui pemerhatian dan pendengaran cheq la..
cheq tak penah rasa lagi..
MAJIKAN SUKA BUAT MACAM NEY KE PEMBANTU RUMAH:

1) "buat kerja tue.lagi tak siap jangan rehat."
     Pembantu rumah ney pon manusia jugak..bertolak ansur la sikit..ye! memang la majikan bayar gaji..tapi jangan la buat macam tue..manusia perlukan rehat jugak..macam tue la pembantu rumah.diorang kan manusia macam majikan juga..

2) "buat cepat sikit kerja.esok kena bangun awal..banyak lagi kerja." 
     Tengok la juga masa pembantu rumah ney tido..kalau dia tido pukul 3-4 pagi..esok pagi-pagi subuh nak kena bangun awal..buat kerja lagi..penat semalam pon tak habis lagi..nak buat kerja esoknya mesti tak larat..kesian la sikit.tenaga perempuan tak macam tenaga lelaki.

3) "alarh...lenguh sikit ja. pi cat belah sana plak.."
      Lenguh sikit ja??? cuba buat apa yang pembantu rumah tue buat..lepas cat rumah.tetiba kena komen cat tak sekata..then kena cat balik..cat la si pembantu rumah ney..yang majikan tahu komen ja..sehari suntuk si pembantu rumah ney cat rumah..esok kena cat lagi..almaklumlah rumah besar la katakan..dah la kudrat perempuan ngan lelaki lain..

Pembantu Rumah ney bukan macam "SuperMak"..boley buat apa-apa ja dengan pantas,tepat dan tangkas..suruh buat tue dalam sekelip mata siap..tue semua "SuperMak" ja boley buat..
ini PEMBANTU RUMAH hanya manusia biasa yang menpunyai kudrat sama dengan manusia lain..
"JANGANLAH JADIKAN MEREKA HAMBA ABDI"
"HORMATILAH MEREKA MACAM KITA MENGHORMATI ORANG LAIN"

Thursday, November 10, 2011

Awal lagi nak balik PERLIS ney!!


...Assalamualaikum...
cheq kena balik PERLIS hari ney..
esok ada kursus asas JPA (Jabatan Pertahanan Awam)..
pikir-pikir malas nak balik sana..
sebab cuti cheq tak habis lagi..
tapi nak buat macam mana..
nak cari income kan..
merelakan jelah pergi..

tima kasih ye JANNAH membe yang akan tumpangkan tempat tidur..
tima kasih ye KHARRAZI sebab bakal tunjukkan jalan ke SERIAP,PERLIS.

SERIAP,PERLIS???
cheq ingt dah abis tawaf PERLIS..
rupa-rupanya belum!!!!!
sekali dapat mesej dari JPA kata kena kumpul dekat SERIAP..
terkejut cheq..
SERIAP kat mana ney??
jalan mana??
kenapa macam tak penah dengar??
hahhaaa...
 last2 jadi macam BONAT ney...
guling-guling sebab pening..
hahahaa..
tanya punya tanya membe..
last-last EN. KHARRAZI ney la yang nak tunjukkan jalan..
alhamdulillah la..
ada juga nak menolong..
terima kasih ye..

p/s: cerpen tue nanti cheq sambung ya..

Friday, November 04, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~ Bab 2

BAB 2

Sudah hampir sebulan lebih Nusha berhubung dengan Amsyar. Banyak mengenai Amsyar yang dia tahu. Segala suka-duka mereka kongsi bersama. 
"Amsyar, kenapa awak tak nak kembali kepada kekasih lama awak?". 
"Saya nak mula hidup baru dengan awak, Nusha. Boleh kan?", jawab Amsyar tenang. 
"Tapi awak masih sayangkan dia kan? Saya hanya hendak awak gembira dengan hidup awak. Biarlah awak bahagia dengan orang lain. Asalkan awak bahagia", balas Nusha dengan nada sebak. 
Nusha mengeluh sendirian apabila terkenangkan perbualan mereka beberapa hari yang lepas. Adakah keputusan berbaik kembali dengan pujaan hatinya dapat mengubah hidupnya?. Bukankah ini yang kau tunggu Nusha?Dah lama kau tunggu untuk bersama dengannya semula. Bisik hati kecilnya. Tapi bagaimana dengan Fakhrul dan janji antara dia dan Fakhrul. Akhirnya Nusha terlelap bersama dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya. 

"Kepadamu ku curahkan..
Kepadamu kubuktikan..
Segala yang ku janjikan..
Dari dulu dan selamanya.."
Nusha terjaga dari tidur apabila terdengar bait lagu dari kumpulan A to Z yang menandakan ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya. Nusha membuka peti pesanan dan tertera nama Amsyar.

Hye awak! Tengah buat apa tu?

Hye! Terlelap tadi. Awak tengah buat ap tu?. 

Balas Nusha bersahaja.

Tak buat apa pun. Kita jumpa sekejap boleh tak Nusha? Kita jumpa di tempat kita selalu jumpa.

Balas Amsyar dengan penuh harapan dapat menatap wajah yang amat menyayangi dan mencintainya.
Nusha berfikir sejenak sebelum memberi jawapan. Pelbagai persoalan timbul di ruang kepala Nusha. Akhirnya Nusha membalas jawapan yang tidak menghampakan Amsyar.

*******************

Mereka bertemu di tempat seperti yang dijanjikan. Nusha nampak manis dengan blouse putih  dan dipadankan dengan seluar jeans bewarna biru lembut. Terpana Amsyar seketika dengan penampilan Nusha yang tampak ayu. Inikah gadis yang amat mencintai aku? Kenapa aku buta dalam menilai erti cinta? Bisik Amsyar didalam hatinya. Dahulunya Nusha seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Hidupnya hanya t-shirt dan seluar slack. Tapi Amsyar tidak menyangka Nusha berubah sebegini rupa. Amsyar tersedar dari lamunannya apabila terdengar kerusi dihadapannya di tarik ke belakang.

"Awak dah lama sampai Am? Saya minta maaf la lambat sedikit.", Nusha memulakan perbualan apabila menyedari Amsyar tidak berada dalam dunianya.
"Err..dah lama eh tak! Baru je. Dalam sepuluh minit. Awak nak minum atau makan apa-apa tak? Am tolong order kan.", balas Amsyar dengan rasa malu.
Nusha hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Nusha menoleh sekeliling kedai makan itu bagi menghilangkan resah dihatinya. Amsyar menyedari Nusha tidak selesa, dia segera mencari cara untuk menceriakan keadaan.
"Nusha! Awak cari apa tu? Am nampak ada kucing la bawah kerusi Nusha", sambil menahan ketawa.
Sepantas kilat Nusha mengangkat kedua belah kakinya ke atas kerusi sambil kepala meliar mencari kucing yang dimaksudkan Am. Resah muka Nusha kerana dia benar-benar fobia dengan kucing. Semuanya bermula ketika dia masih berumur 12 tahun. Ketika itu dia amat gemar bermain dengan kucing. Sampailah satu masa dimana dia dicakar oleh kucing kesayangannya di bahagian muka. Menangis Nusha menahan kesakitan apabila mamanya meletakkan minyak untuk mengubati kesan cakaran itu. Bermula dari saat itu Nusha amat takut akan kucing. 
"Larh! Nusha masih macam dulu. Takut sangat dengan kucing", sambil ketawa Amsyar bersuara.
"Mana kucing tu Am?", soal Nusha dengan suara tersekat-sekat.
"Dah lari dah pon sebab ada mak kucing kat sini." balas Amsyar dengan ketawa yang semakin menjadi-jadi.
"Am tipu Nusha ye. Sampai hati Am.", balas Nusha dengan wajah masam mencuka. Dia mahu mengenakan Amsyar kembali.
"Nusha baliklah macam ney."
"Nusha jangan la macam ney. Am minta maaf ye. Tadi Am tengok Nusha resah sangat. Nak senyum pon susah. Cuba senyum sikit.", mohon Amsyar dengan wajah simpati.
Nusha hanya tersenyum apabila melihat wajah Amsyar yang penuh dengan simpati itu. Hati Nusha berbunga bahagia. Mereka menghabiskan masa bersama. Mengimbau kenangan lalu sambil menghirup udara petang di Pantai Merdeka. Ada saja gelagat Amsyar yang selalu membuat Nusha ketawa. Mereka pulang ke rumah apabila melihat langit menimbulkan mega-mega merah. Menandakan hari akan menggantikan diri dari siang ke malam.

bersambung


P/S : Hidup ini tak selalunya indah..akan tiba juga warna-warna suram dalam   kehidupan.


Thursday, November 03, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~

BAB 1

"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke universiti. Uitm tunggu aku ye".
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Nusha. Impian untuk menjejakkan kaki di universiti telah tercapai. Nusha ditawarkan jurusan Diploma Analisis Pelaburan dalam fakulti perniagaan di Universiti Teknologi Mara Perlis. Nusha keluar dari pusat komputer dengan senyum bermakna. Nusha menghidupkan enjin motorsikalnya dan pulang ke rumah.

Di rumah, mama Nusha bertanya "Macam mana dengan keputusan permohonan ke universiti? Dapat tak? Mama tengok semua kawan-kawan hang dah sambung blajaq. Hang saja yang dok rumah." Nusha hanya tersenyum sambil berkata "Adik diterima la. Uitm Perlis jurusan Analisis Pelaburan.". "Alhamdulillah la. Mama pikiaq kalau hang tak dapat U , mama nak suruh hang sambung pi tingkatan 6 ja".

*************
Sekarang dah 4 semester Nusha di Uitm. Sekarang Nusha sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester. Sedang Nusha leka mengulang kaji, terdengar bunyi lagu Kau Ilhamku nyanyian ManBai dari telefon bimbit Nusha. "Aik! Kenapa dia telefon aku tiba-tiba ney? Dah la dulu macam nak tak nak saja layan aku", ngomel Nusha sambil menekan butang hijau. "Helo? Ni Nusha ye?", tanya si pemanggil. "Ya. Ni Nusha. Kenapa ya telefon?". Soal Nusha dengan penuh keraguan. Setelah beberapa minit berbual, panggilan ditamatkan. Raut wajah Nusha menunjukkan pelbagai ekspresi. Nusha tak tahu adakah dia perlu gembira dengan kehadiran lelaki yang sangat dia cintai.

"Nusha! Semalam Amsyar ada datang sini. Kau nampak tak?", soal Anis. "Aku nampak. Lama dah aku tak jumpa dia. Nanti aku sambung belajar, mungkin tak akan jumpa dia dah. Mungkin dah tiba masa aku lupakan dia, Anis." Nusha hanya melihat Anis dengan wajah yang kecewa.

Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku telah dapat melupakannya? Apakah ini jodoh ku Ya Allah. Apakah petanda disebalik semua ini Ya Allah. Adakah dia hanya mahu menguji aku Ya Allah. Biarlah aku mencintainya dari jauh dari dia menyakiti hatiku ini. Aku tidak kuat lagi untuk menempuh semua ini Ya Allah.

bersambung~~~




HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD