Friday, December 30, 2011

oh hati..oh otak..



Assalamualaikum...

hati cheq tak sedap sangat..
dah macam perang dah dalam hati ney..
kadang kita gembira..hati pon gembira..
kadang kita dikelilingi orang yang disayangi..hati jadi tenang..
tapi ada masa hati kita rasa kosong sangat..
walaupun kita dikelilingi orang tersayang..sahabat handai..
hati jadi tak tenang...sukar nak senyum kalau ada dalam situasi macam tue..
otak cuba berfungsi nak cakap tak ada apa-apa jadi..
semua dalam keadaan baik..tak apa yang nak dirisaukan...
tapi krisis mengundang dalam diri..
apabila hati berperang dengan otak...

oh hati...
tenanglah dikau didalam diriku..
kau senyum lah apabila ku tersenyum..
serikanlah aku dengan senyumanmu..
kau penentu keadaan diriku..

oh otak...
berkomunikasilah dikau dengan hati..
wujudkan persefahaman otak dan hati...
jangan lah selalu mahu mengingkari..
kelak tuanmu hilang kekuatan diri...


mood cheq dah atas bawah ney...
tetiba wujud entry entah papa..
ok lah..nak stop here..
sebelum lain yang jadi..hehehe


Wednesday, December 28, 2011

Mengeluh!!!

Assalamualaikum...
berhabuk terusang dan tersisih nampak gayanya blog cheq ney..
cheq minta maaf ya blog..
cheq baru ada kesedaran nak bagi makan kat blog..
harap dimaafkan..

okey..sekarang nak mengupas topik mengenai MENGELUH..
fuhhh!!! hmmmmhhh!!! haisyhhh!!!
tue bunyi-bunyi yang orang mengeluh selalu buat..
kenapa nak mengeluh??
peringatan untuk diri cheq jugak..
mengeluh tue boleh selesaikan masalah ka??
kalau mengeluh..sekelip mata keadaan boleh bertukar??
berhenti lah mengeluh..nampak buruk kalau kita mengeluh..
tetambah perempuan la kan..buruk benor..
lagi pun tak baik kan kalau mengeluh..
kalau tak boleh buat satu-satu benda tu..
berhenti kejap..tarik nafas..istifar banyak-banyak..
insyaAllah..segala kesusahan dan masalah akan selesai..
daripada mengeluh??
dapat apa??
renung-renungkan lah ayat dibawah ney ye..

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” 
– al Ma’arij : 19-21 -


~peringatan bersama~
sekian

Friday, December 16, 2011

Far Away


really miss this person..
he's too far..
so i want to dedicated this song to him...
love this song so much....
i keep repeating this song..and keep thinking about you..

singer - Hafiz
title - Untuk Kamu

Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....



p/s : take care of your health at there with new environment..behave yourself!!

Saturday, December 10, 2011

sayangi mereka...

"tok!!cu pinjam gambar ye"

Assalamualaikum...
lama cheq tak update kan..bersawang dah blog ney!!
ok kali ney topik mengenai WARGA EMAS!!
ney dari pemerhatian cheq la..

tadi masa ondaway nak pergi butterworth..
pergi buat apa tak payah tahu la kan..
cheq naik bus Plusliner dari Kangar nak ke Butterworth..
masa cheq naik dan dah duduk dalam perut bas..
ada seorang adik ney naik untuk cheq tiket..
lepas dah cheq suma tiket kan..
ada seorang WARGA EMAS ney..
to wan ney naik la bus then bagi tiket dekat adik tadi tue..
yela warga emas kan mana  tau sangat dengan zaman sekarang ney..
nak cari bus la apa la kan..
kebetulan tok wan ney sorang-sorang..
sekali adik tue tengking tok wan tue..
sebab nya tok wan tue salah naik bus..

okey persoalan sekarang??

TAK BOLEH KE CAKAP BAIK_BAIK DENGAN PAK CIK TUE??

cuba la pikir.ada setengah warga emas ney tak pandai baca..
masa diorang ney beli tiket..cubalah tunjukkan bas sekali..
kadang-kadang warga emas ney malu nak tanya..
tak pon takut nak tanya sebab warga muda dan budiman ney selalu acuh tak acuh ja jawab..
memang WARGA EMAS ney akan tanya macam-macam soalan..
tapi tolong lah jawab dengan nada suara yang baik..
jangan nak tengking macan tue ja kalau diorang buat salah..
faham la keadaan mereka..
korang pon akan lalui juga masa-masa tua nanti..
SAYANGILAH WARGA EMAS!!!

Sunday, November 27, 2011

Beras RM 3???



Kejadian berlaku di stesen bas Butterworth..depan toilet perempuan berdekatan dengan pondok polis..mengadap tempat kereta atau motorsikal menurunkan penumpang atau sedara mara yang nak naik bas..


Sedang asyik menunggu si dia yang dalam perjalanan nak amik cheq..dengan sabarnya cheq menunggu walaupun dalam keadaan panas..ternampak kelibat seorang perempuan dalam lingkungan 30-an di celah-celah orang ramai..
Cheq yang melihat wanita itu terus mengukirkan senyuman setelah menyedari wanita itu melihat cheq..wanita itu melintasi cheq yang sedang duduk di bangku yang disediakan.
Setelah beberapa minit, cheq menoleh ke kiri dan tanpa disedari, wanita tersebut baru keluar dari toilet dan melihat ke arah cheq..buat kali kedua cheq senyum lagi..wanita itu bergerak ke arah cheq dan...


wanita : Adik..akak nak minta RM3 nak beli beras dik..akak takda suami..mak pon dah tak da..anak ramai..duit tak da nak beli beras..


cheq terus mengambil purse di dalam beg tangan dan mengeluarkan RM3..terus wang itu diberi ke wanita itu..


end of the story..


selepas itu..cheq terpikir..badan sihat..bawa handbag cuma tudung ja dia buat macam tak terurus..yang lain semua okey..
tapi yang menjadi kemusykilannya:

1) Kenapa tak kerja kalau dah badan sihat?
    Minta sedekah??ambil jalan mudah ka?kerja lain kan boley buat. ye mungkin tak da kelulusan..tapi tu bukan alasan! yang lain tak da kelulusan pon boleh kerja..usaha la sikit.jangan nak ambil jalan mudah dengan pura-pura miskin, tak bersuami dan anak ramai untuk dijadikan modal minta simpati orang..
2) Kenapa dekat cheq ja dia minta??
    Ramai lagi yang ada dekat sekeliling cheq..bukan cheq nak pertikai..tapi tadi nampak sangat dia macam nak tuju ke cheq..sebab cheq senyum ka yang dia berani minta ke cheq??yang lain muka kelat ja time tue..lepas minta tue terus ja jalan cepat-cepat..macam buat salah besar ja..takpa..cheq halalkan kalau kenyataan akak tu tak benar..tue urusan akak dengan Allah.
3) Beras ada ka jual RM3??
    Beras RM3 dapat banyak mana??kata anak ramai..macam mana nak bagi makan..mama cheq pon tak caya..zaman sekarang macam-macam cara orang nak dapatkan duit...kalau dulu ya! cheq percaya ada beras RM3..sekarang mustahil!!


MORAL OF THE STORY:
Selalu berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Jangan pernah percayakan orang asing atau yang anda tidak kenali. Pikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.

Friday, November 18, 2011

selami hati pembantu rumah


ORANG GAJI / AMAH / PEMBANTU RUMAH

Apa yang hampa faham maksud orang gaji / amah / pembantu rumah??
Diorang ney dibayar gaji untuk membantu kita terutamanya suri rumah tangga untuk mengemas, mencuci, menyapu, menyediakan dan apa-apa ja kerja rumah yang bersesuian..tapi bukan untuk dijadikan hamba abdi.
itu yang cheq faham la pasal orang gaji..

TAPI!!!

ada setengah orang atau majikan buat pembantu rumah ney macam hamba abdi..
ney melalui pemerhatian dan pendengaran cheq la..
cheq tak penah rasa lagi..
MAJIKAN SUKA BUAT MACAM NEY KE PEMBANTU RUMAH:

1) "buat kerja tue.lagi tak siap jangan rehat."
     Pembantu rumah ney pon manusia jugak..bertolak ansur la sikit..ye! memang la majikan bayar gaji..tapi jangan la buat macam tue..manusia perlukan rehat jugak..macam tue la pembantu rumah.diorang kan manusia macam majikan juga..

2) "buat cepat sikit kerja.esok kena bangun awal..banyak lagi kerja." 
     Tengok la juga masa pembantu rumah ney tido..kalau dia tido pukul 3-4 pagi..esok pagi-pagi subuh nak kena bangun awal..buat kerja lagi..penat semalam pon tak habis lagi..nak buat kerja esoknya mesti tak larat..kesian la sikit.tenaga perempuan tak macam tenaga lelaki.

3) "alarh...lenguh sikit ja. pi cat belah sana plak.."
      Lenguh sikit ja??? cuba buat apa yang pembantu rumah tue buat..lepas cat rumah.tetiba kena komen cat tak sekata..then kena cat balik..cat la si pembantu rumah ney..yang majikan tahu komen ja..sehari suntuk si pembantu rumah ney cat rumah..esok kena cat lagi..almaklumlah rumah besar la katakan..dah la kudrat perempuan ngan lelaki lain..

Pembantu Rumah ney bukan macam "SuperMak"..boley buat apa-apa ja dengan pantas,tepat dan tangkas..suruh buat tue dalam sekelip mata siap..tue semua "SuperMak" ja boley buat..
ini PEMBANTU RUMAH hanya manusia biasa yang menpunyai kudrat sama dengan manusia lain..
"JANGANLAH JADIKAN MEREKA HAMBA ABDI"
"HORMATILAH MEREKA MACAM KITA MENGHORMATI ORANG LAIN"

Thursday, November 10, 2011

Awal lagi nak balik PERLIS ney!!


...Assalamualaikum...
cheq kena balik PERLIS hari ney..
esok ada kursus asas JPA (Jabatan Pertahanan Awam)..
pikir-pikir malas nak balik sana..
sebab cuti cheq tak habis lagi..
tapi nak buat macam mana..
nak cari income kan..
merelakan jelah pergi..

tima kasih ye JANNAH membe yang akan tumpangkan tempat tidur..
tima kasih ye KHARRAZI sebab bakal tunjukkan jalan ke SERIAP,PERLIS.

SERIAP,PERLIS???
cheq ingt dah abis tawaf PERLIS..
rupa-rupanya belum!!!!!
sekali dapat mesej dari JPA kata kena kumpul dekat SERIAP..
terkejut cheq..
SERIAP kat mana ney??
jalan mana??
kenapa macam tak penah dengar??
hahhaaa...
 last2 jadi macam BONAT ney...
guling-guling sebab pening..
hahahaa..
tanya punya tanya membe..
last-last EN. KHARRAZI ney la yang nak tunjukkan jalan..
alhamdulillah la..
ada juga nak menolong..
terima kasih ye..

p/s: cerpen tue nanti cheq sambung ya..

Friday, November 04, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~ Bab 2

BAB 2

Sudah hampir sebulan lebih Nusha berhubung dengan Amsyar. Banyak mengenai Amsyar yang dia tahu. Segala suka-duka mereka kongsi bersama. 
"Amsyar, kenapa awak tak nak kembali kepada kekasih lama awak?". 
"Saya nak mula hidup baru dengan awak, Nusha. Boleh kan?", jawab Amsyar tenang. 
"Tapi awak masih sayangkan dia kan? Saya hanya hendak awak gembira dengan hidup awak. Biarlah awak bahagia dengan orang lain. Asalkan awak bahagia", balas Nusha dengan nada sebak. 
Nusha mengeluh sendirian apabila terkenangkan perbualan mereka beberapa hari yang lepas. Adakah keputusan berbaik kembali dengan pujaan hatinya dapat mengubah hidupnya?. Bukankah ini yang kau tunggu Nusha?Dah lama kau tunggu untuk bersama dengannya semula. Bisik hati kecilnya. Tapi bagaimana dengan Fakhrul dan janji antara dia dan Fakhrul. Akhirnya Nusha terlelap bersama dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya. 

"Kepadamu ku curahkan..
Kepadamu kubuktikan..
Segala yang ku janjikan..
Dari dulu dan selamanya.."
Nusha terjaga dari tidur apabila terdengar bait lagu dari kumpulan A to Z yang menandakan ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya. Nusha membuka peti pesanan dan tertera nama Amsyar.

Hye awak! Tengah buat apa tu?

Hye! Terlelap tadi. Awak tengah buat ap tu?. 

Balas Nusha bersahaja.

Tak buat apa pun. Kita jumpa sekejap boleh tak Nusha? Kita jumpa di tempat kita selalu jumpa.

Balas Amsyar dengan penuh harapan dapat menatap wajah yang amat menyayangi dan mencintainya.
Nusha berfikir sejenak sebelum memberi jawapan. Pelbagai persoalan timbul di ruang kepala Nusha. Akhirnya Nusha membalas jawapan yang tidak menghampakan Amsyar.

*******************

Mereka bertemu di tempat seperti yang dijanjikan. Nusha nampak manis dengan blouse putih  dan dipadankan dengan seluar jeans bewarna biru lembut. Terpana Amsyar seketika dengan penampilan Nusha yang tampak ayu. Inikah gadis yang amat mencintai aku? Kenapa aku buta dalam menilai erti cinta? Bisik Amsyar didalam hatinya. Dahulunya Nusha seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Hidupnya hanya t-shirt dan seluar slack. Tapi Amsyar tidak menyangka Nusha berubah sebegini rupa. Amsyar tersedar dari lamunannya apabila terdengar kerusi dihadapannya di tarik ke belakang.

"Awak dah lama sampai Am? Saya minta maaf la lambat sedikit.", Nusha memulakan perbualan apabila menyedari Amsyar tidak berada dalam dunianya.
"Err..dah lama eh tak! Baru je. Dalam sepuluh minit. Awak nak minum atau makan apa-apa tak? Am tolong order kan.", balas Amsyar dengan rasa malu.
Nusha hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Nusha menoleh sekeliling kedai makan itu bagi menghilangkan resah dihatinya. Amsyar menyedari Nusha tidak selesa, dia segera mencari cara untuk menceriakan keadaan.
"Nusha! Awak cari apa tu? Am nampak ada kucing la bawah kerusi Nusha", sambil menahan ketawa.
Sepantas kilat Nusha mengangkat kedua belah kakinya ke atas kerusi sambil kepala meliar mencari kucing yang dimaksudkan Am. Resah muka Nusha kerana dia benar-benar fobia dengan kucing. Semuanya bermula ketika dia masih berumur 12 tahun. Ketika itu dia amat gemar bermain dengan kucing. Sampailah satu masa dimana dia dicakar oleh kucing kesayangannya di bahagian muka. Menangis Nusha menahan kesakitan apabila mamanya meletakkan minyak untuk mengubati kesan cakaran itu. Bermula dari saat itu Nusha amat takut akan kucing. 
"Larh! Nusha masih macam dulu. Takut sangat dengan kucing", sambil ketawa Amsyar bersuara.
"Mana kucing tu Am?", soal Nusha dengan suara tersekat-sekat.
"Dah lari dah pon sebab ada mak kucing kat sini." balas Amsyar dengan ketawa yang semakin menjadi-jadi.
"Am tipu Nusha ye. Sampai hati Am.", balas Nusha dengan wajah masam mencuka. Dia mahu mengenakan Amsyar kembali.
"Nusha baliklah macam ney."
"Nusha jangan la macam ney. Am minta maaf ye. Tadi Am tengok Nusha resah sangat. Nak senyum pon susah. Cuba senyum sikit.", mohon Amsyar dengan wajah simpati.
Nusha hanya tersenyum apabila melihat wajah Amsyar yang penuh dengan simpati itu. Hati Nusha berbunga bahagia. Mereka menghabiskan masa bersama. Mengimbau kenangan lalu sambil menghirup udara petang di Pantai Merdeka. Ada saja gelagat Amsyar yang selalu membuat Nusha ketawa. Mereka pulang ke rumah apabila melihat langit menimbulkan mega-mega merah. Menandakan hari akan menggantikan diri dari siang ke malam.

bersambung


P/S : Hidup ini tak selalunya indah..akan tiba juga warna-warna suram dalam   kehidupan.


Thursday, November 03, 2011

Siapa Awak Untuk Saya ~ cerita rekaan ~

BAB 1

"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke universiti. Uitm tunggu aku ye".
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Nusha. Impian untuk menjejakkan kaki di universiti telah tercapai. Nusha ditawarkan jurusan Diploma Analisis Pelaburan dalam fakulti perniagaan di Universiti Teknologi Mara Perlis. Nusha keluar dari pusat komputer dengan senyum bermakna. Nusha menghidupkan enjin motorsikalnya dan pulang ke rumah.

Di rumah, mama Nusha bertanya "Macam mana dengan keputusan permohonan ke universiti? Dapat tak? Mama tengok semua kawan-kawan hang dah sambung blajaq. Hang saja yang dok rumah." Nusha hanya tersenyum sambil berkata "Adik diterima la. Uitm Perlis jurusan Analisis Pelaburan.". "Alhamdulillah la. Mama pikiaq kalau hang tak dapat U , mama nak suruh hang sambung pi tingkatan 6 ja".

*************
Sekarang dah 4 semester Nusha di Uitm. Sekarang Nusha sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester. Sedang Nusha leka mengulang kaji, terdengar bunyi lagu Kau Ilhamku nyanyian ManBai dari telefon bimbit Nusha. "Aik! Kenapa dia telefon aku tiba-tiba ney? Dah la dulu macam nak tak nak saja layan aku", ngomel Nusha sambil menekan butang hijau. "Helo? Ni Nusha ye?", tanya si pemanggil. "Ya. Ni Nusha. Kenapa ya telefon?". Soal Nusha dengan penuh keraguan. Setelah beberapa minit berbual, panggilan ditamatkan. Raut wajah Nusha menunjukkan pelbagai ekspresi. Nusha tak tahu adakah dia perlu gembira dengan kehadiran lelaki yang sangat dia cintai.

"Nusha! Semalam Amsyar ada datang sini. Kau nampak tak?", soal Anis. "Aku nampak. Lama dah aku tak jumpa dia. Nanti aku sambung belajar, mungkin tak akan jumpa dia dah. Mungkin dah tiba masa aku lupakan dia, Anis." Nusha hanya melihat Anis dengan wajah yang kecewa.

Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku telah dapat melupakannya? Apakah ini jodoh ku Ya Allah. Apakah petanda disebalik semua ini Ya Allah. Adakah dia hanya mahu menguji aku Ya Allah. Biarlah aku mencintainya dari jauh dari dia menyakiti hatiku ini. Aku tidak kuat lagi untuk menempuh semua ini Ya Allah.

bersambung~~~




Tuesday, October 25, 2011

~ moral of the story ~

..ASSALAMUALAIKUM..



tadi cheq baru abis tengok muvi 
~ LAGENDA BUDAK SETAN ~

CHEQ TERLAMBAT! I DON'T CARE..HEHEHE

sumpah sedey!
cheq puas control tak nangis depan family..
mula-mula tue best la..
dah sampai tengah tue..
mula la babak-babak sedih sampai abis..
okey daripada dok bebel la kan..
meyh nak buat conclusion..hehee

daripada cerita tue..
cheq dapat la sedikit pengajaran..



!PERTAMA!
"cinta boley membuat seseorang itu berubah..dari kejahatan menjadi kebaikan..presepsi buruk terhadap seseorang atau jantina..dapat diubah..hanya kerana cinta..even ada prinsip hidup pon..sebab cinta..
semua berubah..itulah CINTA"



!KEDUA!
"jangan memaksa seseorang untuk mencintai kita..dan jangan biar nafsu menguasai diri..kekerasan bukan
jalan penyelesaian untuk membuat seseorang itu mencintai kita macam mana kita mencintai dia..tapi
akan membuatkan seseorang itu membenci kita sebanyak mana kita mencintai dia atau lebih..
biar lah cinta itu tumbuh dengan sendirinya..jika tidak..lepaskan lah dia..jangan pernah sakiti dia"



!KETIGA!
"kalau kita mencintai seseorang, walau jauh sekecil mana hal mengenai dia..kita mengetahuinya dengan details..seperti perfume dia..gaya jalan..gerak tangan..semua itu berada dalam pemikiran kita..even dia
dah pergi meninggalkan kita..setiap benda atau perkara mengenai dia yang berlaku akan membuatkan 
kita teringat ke dia..itu tanda kita benar-benar mencintai dia"

apa-apa pon..kalau ada jodoh takkan kemana..
selalu berdoa agar kita ditemukan dengan seseorang yang dapat bimbing kita
bukan merosakkan kita atau menyakiti kita..
orang yang kita benar-benar sayang belum tentu menjadi milik kita..
selagi tiada akad..
hargailah selagi mana kita mampu..
jangan pernah putus asa untuk berdoa..
setiap orang dijadikan berpasang-pasangan..
ALLAH selalu mahukan yang terbaik untuk kita..



sekian...

Monday, October 24, 2011

jangan pergi...




Tak bisaku terima
kau tinggalkanku
saat ku butuh kamu
apa tak kau rasakan
betapa hancur hidupku tanpa kamu

aku terlanjur
terlalu bergantung padamu

jangan pergi
jangan pergi
jangan kau pergi
ku tak ingin sendiri
ku tak sanggup
ku tak sanggup
sungguh tak sanggup
hidup tanpa cintamu

kau yang buatku tegar
terus bertahan jalani hidup ini


celaru ke apa ney??


..ASSALAMUALAIKUM..

cheq kompius ney..kompius ke apa ney ye..
macam kompius..yela kot kan..
kompius ngan kehidupan sekarang ney..
betul ka keputusan yang cheq buat ney..
macam-macam ada dalam fikiran ney..
nak buat macam mana nak hilangkan ye??
cheq mohon sangat ke Allah..
tolonglah bantu hamba-Mu yang berada dalam pergelutan emosi ney..
sesungguhnya cheq tak pandai dan tak berani nak amik risiko..
cheq jadi terlalu berhati-hati sekarang..
cheq takut..


======================================================


kekadang rasa hepi sangat...
kekadang rasa macam tak dihargai..
kenapa macam ney??
salah diri sendiri ka?
cheq dah tak tau nak pikir macam mana..
buat itu salah..ini salah..
nak tido pon susah...
insomnia ke apa pon tak tau la..


susah nak tido sekarang..
pikir apa pon tak tau la..
kekadang tue mata dah abis tak bley buka dah..
bila pejam mata..
lansung tak lena..
pusing sana-sini..
golek-golek atas katil pon tak nak lena..
last-last tunggu sampai terlelap sendiri la..
amik masa la nak terlelap tue..hadoiii..

rasa macam nak pergi satu tempat yang kosong..then jerit puas-puas..
biar semua hilang..cheq tak sanggup dah...

doa-doa la cheq kembali macam selalu ye..
sekian

Friday, October 21, 2011

manusia kini



Assalamualaikum...


Firstly nak warning ye..
BENGANG SAYA ADA TAHAPNYA..
JANGAN CABAR SAYA..
tima kasih...

nak tau kenapa cheq bengang???
cheq tak paham la setengah orang ney..
kalau yang terasa tue cheq minta maaf la..
salah ka kalau kita on facebook then chat politely..
tak da guna bahasa-bahasa kasar..
salah ka??bukan tue ka sepatutnya yang jadi??
perlu ke nak maki-maki orang..marah orang..
kalau diri tue mulia sangat tak pala..
ney sama ja dengan manusia lain..
serius cheq tak paham kenapa dia nak perangai macam tue??

ok macam ney citanya..
tadi cheq ad chat ngan someone ney..
tau dia cakap apa??
ayat lebih kurang macam ney la..

~ TAK PUAS LA MAIN FACEBOOK HARAM JADAH NEY..
    TAK BOLEY NAK MAKI ORANG..
    ORANG MAIN FACEBOOK NEY LEMBAP MACAM ANJING KURAP AFRIKA~

hina sangat ka??adoii..sabar jelah tadi..
cheq yang tengah chat ney sumpah la terasa..
kalau tak nak main tak payah la main..
tapi jangan la nak maki orang macam tue kan..
just offline or deactivate your facebook's account..
then do anything that can make yourself happy..
but don't judge others like that ok..
don't be so childish..
with your age, you can think before you said like that..


sebagai pengajarannya..
hormatilah orang sekeliling..
jangan simply nak judge orang macam tue..
kami bukan lembap..
tapi kami HORMAT each other ok..
kami just nak pergaulan yang baik..
sebab kawan untuk selamanya..
bukan untuk dijadikan bahan makian..
harap ada orang dapat mengubah diri anda..

Thursday, October 20, 2011

ku menunggu


~..Assalamualaikum..~
nak post lagu ney je..
best dy nie nyanyi..
jom dgr..


Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu


Monday, October 17, 2011

grab this opportunity


Assalamualaikum..

my FL contact me back after many years disappear from my life...
rasa macam nak pitam ja..bila FL telefon then tanya ney Shahirah kan...
time tue cheq speechless..tak tau nak uat ap...
yela..dulu tunggu sampai bertahun-tahun..try search kat fb..
sebab nak tau perkembangan hidup FL..tanya membe kalau tau number telefon FL.
macam-macam cara buat..sebab nak tau pasal dia ja..

last sekali masa sem satu kat uitm..cheq dapat number telefon dia..
start la contact FL tapi FL macam nak jauhkan diri..
cheq sabar ja..bila cheq tau information yang FL bagi kat cheq tue semua tipu..
mungkin Allah nak tunjuk..cheq dapat tau pasal FL dari orang terdekat FL..
time tue baru cheq sedar yang FL mungkin nak lupakan cheq...

cheq mula start hidup baru...kenal-kenal dengan orang lain..
tapi banyak kawan ja..tak boleh nak jadi istimewa..
kalau kapel pon kejap ja..then clash...
macam playgirl dah..hahahaa...

tapi smpai satu hari..my life change..
when first time you talk on phone with me..
start dari hari tue...hari-hari cheq dengan FL mesej..
yela cian FL...kena buat operasi..dalam hutan...
macam-macam masalah FL kongsi...
cheq selalu nak FL gembira ja..
kadang-kadang gaduh biasa ja..
yela..takkan nak sama ja hari-hari..tak best la..






FL sekarang tak macam FL dulu..
FL sekarang dah matang..dah selalu pikir kedepan..
FL selalu pesan dekat cheq..
"sha dah besar..kena la fikir macam orang dewasa"
cheq selalu cakap yela..nak gurau sikit pon tak bley..heee


cheq dah tau sebab FL tak nak contact dengan cheq dulu..
sebab nya biar la cheq je yang tau..





orang cakap kalau cinta pertama datang balik..
maksudnya tu la jodoh kita..betol ka??
cheq pon tengah pikir..
sampai sekarang tak dapat jawapan lagi...

apa pendapat rakyat..hehe

Tuesday, October 04, 2011

Rindu MAMA

ASSALAMUALAIKUM

cheq tinggal lagi satu paper ja nak kena ambil..
then i can go to meet my lovely mum..
owhhh..i really miss u mum..
serius cheq rindu mama cheq...
she's the most lovely mum and she's everything to me..

mama...
semalam adik tengah layan cerita korea...
adik tak study pon mama..hehheee
malas la...
layan cerita dari pagi sampai ke malam..
tapi kan...
semalam adik jimat duit adik..
nak tau sebab apa..
sebab mak cik depan umah buat makan-makan sikit..
pas tue balik dari umah mak cik tue..
adik layan cita korea balik...
mata mengantuk..tapi nak tengok jugak cerita korea tue..
tetiba ja..
adik dengar suara mama panggil adik..
"kakak tak tidoq lagi buat apa? pi tidoq!!!"
banyak kali mama ulang..
adik macam tak percaya ja tue suara mama..
serius mama..adik dengar..
then bawu adik sedar..
adik rindu mama la..
rindu nak borak ngan mama..
macam-macam nak cerita mama..
mama tunggu adik balik rumah tau...


HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD