Monday, October 01, 2012

MERBOK WEYH!!!!!

Pejam celik pejam celik dah bulan oktober kot...dah nak dekat sebulan study dekat UiTM MERBOK..
duit keluar macam ayaq bak kata orang Kedah...beli buku then itu ini..print lagi..
duit PTPTN lambat lagi baru masuk...bersalah nak minta duit ngan parents...
housemate overall ok..best lagi gila-gila..

minggu pertama kelas macam nak minta tukar ARAU ja..lama-lama dah boleh accept sikit-sikit..
tapi bukan semua naa..HAHAHAHA..
tapi yang best sini...kaum adam dia gentlemen gila...paling menonjol dekat parking motor la..
nampak macam kaum hawa ney macam susah sikit terus tolong even tak kenal dan tak pernah jumpa..

makanan dekat sini murah + sedap.. (buat macam bukan orang Kedah la plak kan..)
nak apa semua ada..hahahaha....3 taon dok ARAU rasa asing sangat bila keluar jalan-jalan area Sungai Petani ney...
cheq anak jati Kedah na..cuma hari tu study dekat Arau 3 taon tue yang jadi perak buih2..^_^

tapi kecian ke mama...even dekat tapi susah nak balik..busy sikit..
MINGGU NEY BALIK RUMAH..

KO HADE???

Tuesday, September 04, 2012

cuma inginkan....


tak minta pon wang ringgit berjuta-juta..
tak harap pon sesuatu yang sweet-sweet..
tak minta pon hadiah itu ke ini..
tak harap pon pertemuan..

TAPI..
cuma inginkan MASA

Friday, August 31, 2012

tangkap leleh sat

makin dekat tarikh 8/9/2012 ney makin kerap cheq godek folder uitm dalam laptop cheq ney..
dah macam gf rindukan bf dah jadi..selalu sangat cheq tengok then senyum sorang..
banyak memori dengan semua-semua..
masing-masing ada gelagat masing-masing yang boleh buat orang ketawa, menangis dan menyampah..hahaha
hilang sorang memang tak lengkap FAMILY INVEST ney..



TAPI LEPAS NEY..
kebanyakannya akan sambung degree dengan pilihan hati masing-masing..
berpecah dah semua..ada yang di PERLIS, PERAK, KELANTAN, KEDAH, JOHOR, MELAKA dan TERENGGANU dan juga SHAH ALAM..
ada juga yang kerja..biasa la rezeki masing-masing..
hope korang hepi dengan tempat baru bersama kawan-kawan baru..belajar rajin-rajin..
ada masa kita buat reunion besar-besar punya..







RINDU RINDUAN!!!





Thursday, August 02, 2012

yang lama sudah laa..

dah nak dekat separuh bulan Ramadhan dah kita puasa kan..macam-macam status cheq tengok orang update dekat facebook..pasal apa yang diorang update?mesti la pasal baju raya..majoriti dah beli dan ada yang still mencari. tapi aku? dok rumah goyang kaki jela kan.. tak da nafsu nak cari baju raya ini..

lepas pikir dan pikir seterusnya terus berpikir, aku buat conclusion tiada baju raya tahun ini.. jimat sikit kan. baju lama pon masih elok untuk dipakai. cuma baju lama ada yang besar sikit.

hah..kenapa macam itu? sebab sekarang berat badan dan hilang berkilo-kilo.

selamat membeli pada yang belum beli. jimat sama duit tu ye ^_^

tarik tali

just ikut rentak sudah..
mana rasa bahagia buat la..

ibarat kucing hutan yang sangat tidak suka dengan benda asing atau manusia yang tak kenal..
mula-mula nak rapat memang akan lari sebab "jakun"
tapi kalau lama-lama kita main dengannya..
cuba berlembut dengannya..
kucing itu akan mesra dengan kita..

tapi..

kalau lepas itu kita tak endahkannya.
kucing itu akan kembali dengan perangai asalnya..
time itu jangan salahkan sesiapa cuma diri sendiri..

kucing hutan ini memang jakun sangat-sangat sebab dok dalam hutan..
tak penah tengok dunia luar..
bukan macam kucing parsi yang memang hidup dibandar ^_^

~ senyum selagi mampu ~


Wednesday, August 01, 2012

Eh Ehhh Tak Lama Dah..

Assalamualaikum..
dah berbuka kan semua.saja tetiba nak update blog saya yang comel ney..hakhakhak..

eh?ap yg tak lama dah?
dah bulan ogos kan? cheq start sambung degree bulan 9. september tue..wahhhh sangat-sangat tak sabar.
kenapa tak sabar?

1. tak payah nak terperuk dekat rumah ney..
2. semua masalah dapat dikurangkan sebab akan sibuk dengan urusan belajar dan semua..
3. nak spend time dengan kawan-kawan..
4. tak da nak terasa seperti terabai dan diabaikan. dah busy la katakan.

itu alasan-alasan dia..
study best apa..with assignments dan segala bagai..wahhh.
dah jumpa membe nanti semua mesti hilang la kan..
lupa semua..hahahhaa
parents still diutamakan..

ok sudah-sudah la tue mengarut ye..^_^
jumpa lagi ^_^

PENAH RASA?

kekadang rasa dihargai..
dan kekadang totally rasa tidak dihargai..
hanya diperlukan pada masa tertentu saja..
sakit??
mungkin boleh senyum saja.

mungkin kita seseorang itu selalu tersenyum dan terus senyum..
dalam hati siapa tahu..

..senyum penawar dalam segala hal..

Monday, July 30, 2012

TUDUNG RAYA

SINI ADA TUDUNG RAYA MURAH ^_^
UNTUK ORDER BOLEH KLIK MSNS ONSHOP

TUDUNG BAWAL TONE MATAHARI HANYA RM15
PELBAGAI WARNA MENARIK JOM TERJAH.. 





BAWAL TONE PELANGI RM15





BAWAL ROSES 2 ROW RM35 





DIATAS HANYA SEBAHAGIAN DARIPADA KOLEKSI TUDUNG PELBAGAI WARNA YANG MENARIK..
SEMUANYA DI

MSNS ONSHOP



Friday, July 13, 2012

BAWAL DENGAN BELIAN BORONG??

PIHAK MSNS OnShop ADA MENYEDIAKAN PEMBELIAN BORONG DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN..
BAGI STUDENTS ATAU SESIAPA YANG INGIN MENCARI WANG TAMBAHAN, ANDA BOLEH BERURUSAN DENGAN KAMI..
PEMBELIAN BORONG UNTUK BAWAL TERKINI..


BELIAN BORONG BAWAL PLAIN
HANYA RM 160 SEKODI



BELIAN BORONG BAWAL 2 TONE/3 TONE
HANYA RM180 SEKODI



BELIAN BORONG BAWAL TONE MATAHARI
HANYA RM240 SEKODI




BELIAN BORONG BAWAL TONE CROWN 
HANYA RM400 SEKODI



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT CONTACT 0194713761

JIKA ANDA MAHU MEMBELI TUDUNG BAWAL DENGAN HARGA RUNCIT BOLEH KLIK MSNS OnShop .
PELBAGAI BARANGAN LAIN SELAIN TUDUNG KAMI SEDIAKAN..
UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.





Saturday, July 07, 2012

BEZA INNER BAWAL DENGAN INNER LAIN

salam...
dekat sini cheq nak cerita sikit pasal inner bawal ni..
inner bawal macam mana??
kat bawah ney contoh gambar..

nampak memang la kecilkan...sebab nama pon inner..
korang jangan la pakai inner saja pula bila keluar..
pakai la dengan selendang ke..
baru la menutup aurat ^_^

tujuan sebenar nak cerita pasal perbezaan ngan inner lain..

inner bawal ini sesuai untuk orang yang muka bulat atau chubby..
dia takkan nampakkan muka bulat kita..
nampak la bujur sikit..
macam pakai tudung bawal..
macam gambar bawah ini

comel kan dia..
dia juga turut sediakan tutorial nak gayakan shawls dengan inner bawal
klik gambar untuk tengok ye..^_^

klo pakai inner syria ea orang panggil..
bentuk muka jadi begini
setempek nampak muka..
dengan melekat dekat muka..
sesuai untuk orang muka bujur dan kurus cikit..
kalau yang chubby mesti tak nak muka nampak bulatkan..
susah nak cari inner kan..

JOM DAPATKAN INNER BAWAL GADIS-GADIS CANTIK

SAYA ADA JUAL INNER BAWAL DAN MACAM-MACAM WARNA

KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT WARNA DENGAN LEBIH DEKAT
HANYA RM6..
KALAU BELI BANYAK HARGA AKAN DIKURANGKAN ^_^
GRAB NOW!!!!! MSNS OnShop



Wednesday, July 04, 2012

MUSLIMAH


Ya Allah..
tetiba hati ini rasa sangat-sangat jauh dariMu..
kerdil sangat pada pandanganMu..
sayu sangat memikirkan masa lalu dan akan datang..

Ya Allah..
aku sangat ingin berubah ke arah yang lebih baik..
berilah kekuatan agar aku dapat berubah hanya keranaMu..
ingin aku perbaiki kekurangan diri ini..
jauhilah aku dari segala kemungkaran..


"..tetiba cheq teringin sangat nak berpurdah dan bertudung seperti heliza di Mekah.."



Monday, June 25, 2012

LAZAT DAN CEPAT ^_^

SAYA ADA MENJUAL CHEESE POWDER


ini contoh cheese powder pack 200gram ^_^

perkenalkan dulu bahan-bahan yang ada dalam ney ye..
Bahan-bahan :
Susu Padat, Modified Starch, maltodekstrin, Dextrose, Garam, Mineral Garam, Sayuran Serbuk, Keju Padat, Flavour Enhancer, Lemak nabati, Glukosa Cair Padat, Makanan Asam, Flavourings, Mineral Garam, Rempah-rempah, Ekstrak Ragi, Agen Anti-caking, Spice Extract, colour

ini lah JALAPENO CHEESE POWDER..
alaaaaa....cheese sauce yang selalu makan dengan cheezy wedges dekat KFC itu..
yang berwarna kuning itu..


nampak dah kan bentuk dia macam mana..
senang saja nak buat..
hanya campur dengan air suam..
kalau nak sauce ini jadi pekat cuma tambah air suam sikit saja..
kalau nak cair..tambah lebih sikit air ^_^


senang cepat mudah dan lazat...
tak perlu nak pergi KFC setiap hari semata-mata nak makan cheezy wedges..
beli CHEESE POWDER ini dan nikmati dirumah bersama orang tersayang..
pelbagai hidangan dapat disediakan..


boleh directly contact me 0194713761 untuk order dan dapatkan harga istimewa ^_^
entry yang lain akan saya updatekan pasal feedback customer ^_^

RAMAI DAH MENCUBA!!!


Sunday, June 24, 2012

saja saja



:: saja nak tunjuk jersi baru ::

okey..abaikan gambar yang dekat atas itu..
hari ini boleh keluar pergi pos barang customer saja..
pos 2 tempahan dari customer..
then balik rumah terus sakit kepala..
pagi tadi pon tersilap nak letak ubat gigi dekat berus gigi..
last-last terambil ubat gigi yang cheq sangka ubat gigi..
makin teruk dah cheq rasa..
sakit kepala dah nak dekat seminggu..
dari balik dari perlis sampailah sekarang..
pergi jumpa doktor??
memang tak jumpa lagi la kan..hahhahaaa
bukan takut nak jumpa doktor..
tapi ingat boleh lega sendiri..
tapi tak pon..
makin berlanjutan sakit dekat kepala ini..

conclusion nya..esok jumpa doktor..
doa-doa la semuanya ok ye ^_^


MONDOK ini dah makin besar dan tak mau dekat cheq dah..
SEDIH

Saturday, June 16, 2012

SAYA TAK SEMPURNA


Dalam dunia ini Allah sudah jadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing..
Tak perlu nak hukum siapa-siapa andai punya orang disekeliling yang tak sempurna..
Mana yang kurang anda boleh lengkapkan..
Itulah gunanya orang sekeliling yang rapat dengan kita..
Mereka akan lengkapkan apa kurang pada kita..

Suami akan melengkapkan kekurangan suami dan sebaliknya..
Ayah akan lengkapkan kekurangan keluarganya begitu jua sebaliknya..
Sahabat akan lengkapkan kekurangan sahabatnya dan sebaliknya..

Belajar menerima kekurangan bukan menghukum..
Belajar memahami orang bukan mengharap orang memahami kita..
Jangan terlalu ego dalam sesuatu pertalian..
Kelak hidup akan selalu berseorangan..



Tuesday, May 08, 2012

GRAB IT NOW!!!



Tudung Bawal 3 Tone trend terkini..
macam-macam warna ad..
jemput la tengok ye..
cheq baru start je bisnes ney..
daripada on9 tak da hasil..
better buat bisnes on9 kan..
support la sikit ye bloggie2 sekalian ^_^

bawah ini ada contoh tudung dan warna
selebihnya boleh klik DISINI








hanya berharga RM15
kos penghantaran RM5
kalau beli 5pcs ke atas free postage
sesuai digayakan dengan pelbagai jenis baju..
cantik sangat-sangat kalau kaum wanita memakainya..


Friday, April 20, 2012

YOU



 You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

Tuesday, April 10, 2012

deeply from my heart


.....awak....

saya sayang sangat ke awak...
selalu doa untuk kebahagiaan awak..
selalu doa untuk kejayaan awak..

awak selalu dalam ingatan saya...

....tapi...

saya takut la awak..
saya takut saya lalai dengan semua ini..
saya takut sayang saya ke awak lebih dari sayang saya ke Allah..
saya takut Allah tarik balik rasa sayang saya ke awak..
sebab saya lalai dengan semua rasa itu..


...saya nak sangat...

istiqamah dalam perubahan ini..
nak sangat rasa apa itu kemanisan iman..

nak sangat disayangi Allah...
nak sangat awak jadi suami saya yang sah...

....tapi...
untuk awak jadi suami saya lambat lagi kan..
banyak lagi yang awak kena buat untuk yakinkan keluarga kita...
kena banyak sabar kan...
saya percaya awak boleh buat...

...awak...
orang cakap sabar itu manis sangat awak..
bila kita selalu sabar..
satu hari kita akan dapat apa yang kita nak..
tapi kena la banyak doa...
banyak buat istikarah ye...

Thursday, March 22, 2012

HIDUP TIDAK BOLEH REVERSE!


Hidup ini tidak akan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku tidak akan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tidak dapat reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. 


Jadikan kisah silam sebagai panduan kita untuk menempuh hari mendatang. Hidup ini hanya sementara. Manusia tidak lari dari melakukan kesalahan di masa silam. Jangan pernah membiarkan diri kita dihantui dengan kisah silam kita. Teruskan melangkah kehadapan. Mungkin sukar untuk melupakan kisah silam itu.

Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita tidak akan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan.





Friday, March 09, 2012

kepada dirimu...


"Kerana dirimu yang telah membuatku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku, 
maka..layaknya dirimu DISAYANGI selalu..
dan aku rasa BANGGA sekiranya dapat memilikimu kelak.."


Alhamdulillah...sangat bersyukur dapat mengenali dirimu..
daku banyak mendekatkan diri kepada Allah penciptaku..
nasihat dan teguran yang kamu selalu berikan kepadaku..
telah banyak merubah kehidupanku dan tingkah laku ku..

kepada awak bakal suamiku..
insyaAllah..
usah dikenang perkara yang berlalu..
kalau ia satu keburukan awak jadikan pengajaran..
kalau ia satu kebaikan awak jadikan ia sebagai teladan..
saya tidak memilih awak melalui kisah silam..
saya memilih awak kerana diri awak sekarang..
peribadi awak..tingkah laku awak dengan sahabat-sahabat..
kasih sayang awak sesama saudara-saudara dan rakan-rakan awak..
sudah cukup buat saya tertarik dengan awak..
jangan pernah awak biarkan kehidupan lampau awak membelenggu awak..

awak..
saya harap rasa sayang saya kepada awak tidak melebihi rasa sayang saya kepada NYA..
saya harap rasa cinta saya kepada awak tidak melebihi rasa cinta saya kepada NYA..
saya harap rasa rindu saya kepada awak tidak melebihi rasa rindu saya kepada NYA..
kita peliharalah rasa cinta dengan sebaiknya..
biarlah berlandaskan agama..
janganlah kita lalali dengan rasa cinta ney..

awak...
jangan pernah ragu dengan cinta ini..
 kerana saya akan mncintaimu dengan penuh kasih sayang..
 kerana saya percaya bahawa Allah itu mnciptakan yg terbaik untuk saya... 
saya juga akn menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu..
dan saya harapkan bahawa awak akan menerima diri ini seadanya.... 
saya tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, 
banyak kekurangan yg wujud dlm diri ini..
saya harap awak sanggup bersama dengan saya dan menerima segala kekurangan saya.....
saya tahu awak seorang yang kacak, romantik
dan dapat membimbingku menuju ke jalan yg di redhai oleh Allah..InsyaAllah...

AWAK..
DOAKAN yang baik-baik untuk saya ya, saya juga BERDOA untuk awak..
saya janji, InsyaAllah..










Saturday, March 03, 2012

SMILE VS CRY



Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..



✿~ AIR MATA ini mengalir izin dariNya..
✿~ SENYUMAN ini dilakar izin dariNya..
✿~ KEGEMBIRAAN ini tercipta izin dariNya..
✿~ KESEDIHAN ini dirasa izin dariNya..

Apa yang ku RASA, semuanya adalah IZIN dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..aku ingin BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..


JANGAN MENILAI orang, kamu tidak tahu apa yang telah dilaluinya..kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA, tapi kamu tidak tahu apa yang DIRASAKAN oleh hatinya…


p/s : 

>.Saya hanya WANITA BIASA yang memerlukan SEKEPING HATI yang luar biasa..HATI yang KUAT, TEGUH, SABAR..dan REDHA, biarlah manusia menilai diri ini mengikut caranya, mengikut pemikirannya, mengikut cita rasanya tetapi yang pasti NILAIAN Allah adalah yang terbaik buat diri ini..
>.Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi..

Tuesday, February 28, 2012

Jika Dia Untukku

Allah merahmati seorang suami yang bangun di malam hari lalu dia solat dan membangunkan istrinya,jika sang istri enggan, percikkan air ke wajahnya dan Allah merahmati seorg istri yang bangun di malam hari lalu ia solat dan membangunkan suaminya jika suaminya enggan, percikkan air pd wajahnya..

(HR Abu Daud)


Yang ku pinta bukan kekayaan didunia..
Bukan kehidupan yang sempurna didunia..
Tak ku kejar nikmat dunia kerana itu melalaikan..
Cukuplah dengan bimbingan ilmu agama darimu..
Menuju ke jalan Illahi..
Hanya itu kebahagiaan yang hakiki..

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup.. ;)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

::semua orang ada pasangannya yang ditentukan oleh Allah..bezanya lambat dan cepat je untuk kita bertemu dengan pasangan yang telah ditetapkan...banyakkan berdoa dan buat istikarah..InsyaAllah kita akan bertemu dengan pasangan kita...


Thursday, January 26, 2012

rasa down sebab apa?

ASSALAMUALAIKUM..
firstly dalam sejarah sem ney..
kelas pagi semua cancel...maharajalela la cheq online malam ney..
weeeee~~~ best ooo...
then tetiba nak update blog kan..so here's the topic..
up there..

rasa down sebab apa ye?

sebab rasa tak cantik or hensem??

sebab tak pandai macam yang lain??

sebab tak kaya macam membe lain??

sebab apa jelah kan yang boleh buat hampa putus asa..malu..segan..apa lagi ye..

tak payah la nak rasa begitu..
semua orang ada kelebihan masing-masing..
cuba muhasabah balik diri..
pikir apa kelebihan hampa yang Allah bagi..
setiap orang ada kelebihan..
even dia OKU (orang kurang upaya)..
dia still ada kelebihan..


tengok tue..siap boley main bola keranjang lagi..
tambah la yang sihat kan..
ada mereka rasa tersisih??
malu nak tonjol depan masyarakat??
bangun la dari zaman kegelapan..
kuatkan diri untuk tempuh dugaan dunia..
keluarlah dari zon selesa dan maju lah setapak demi setapak ke hadapan..
jangan sebab kita kekurangan sedikit dari orang lain..
kita rasa diri kerdil sangat..
carilah kelebihan diri yang tersembunyi dalam diri..
jangan ingat dengan bersembunyi,
kita berada dalam zon selesa..
setiap dugaan akan berakhir dengan kejayaan..
INSYAALLAH..
Allah tahu batas atau had kita..
Allah hanya memberi dugaan berdasarkan kemampuan kita..
Allah lebih mengetahui.


HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD