Thursday, March 22, 2012

HIDUP TIDAK BOLEH REVERSE!


Hidup ini tidak akan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku tidak akan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tidak dapat reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. 


Jadikan kisah silam sebagai panduan kita untuk menempuh hari mendatang. Hidup ini hanya sementara. Manusia tidak lari dari melakukan kesalahan di masa silam. Jangan pernah membiarkan diri kita dihantui dengan kisah silam kita. Teruskan melangkah kehadapan. Mungkin sukar untuk melupakan kisah silam itu.

Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita tidak akan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan.





Friday, March 09, 2012

kepada dirimu...


"Kerana dirimu yang telah membuatku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku, 
maka..layaknya dirimu DISAYANGI selalu..
dan aku rasa BANGGA sekiranya dapat memilikimu kelak.."


Alhamdulillah...sangat bersyukur dapat mengenali dirimu..
daku banyak mendekatkan diri kepada Allah penciptaku..
nasihat dan teguran yang kamu selalu berikan kepadaku..
telah banyak merubah kehidupanku dan tingkah laku ku..

kepada awak bakal suamiku..
insyaAllah..
usah dikenang perkara yang berlalu..
kalau ia satu keburukan awak jadikan pengajaran..
kalau ia satu kebaikan awak jadikan ia sebagai teladan..
saya tidak memilih awak melalui kisah silam..
saya memilih awak kerana diri awak sekarang..
peribadi awak..tingkah laku awak dengan sahabat-sahabat..
kasih sayang awak sesama saudara-saudara dan rakan-rakan awak..
sudah cukup buat saya tertarik dengan awak..
jangan pernah awak biarkan kehidupan lampau awak membelenggu awak..

awak..
saya harap rasa sayang saya kepada awak tidak melebihi rasa sayang saya kepada NYA..
saya harap rasa cinta saya kepada awak tidak melebihi rasa cinta saya kepada NYA..
saya harap rasa rindu saya kepada awak tidak melebihi rasa rindu saya kepada NYA..
kita peliharalah rasa cinta dengan sebaiknya..
biarlah berlandaskan agama..
janganlah kita lalali dengan rasa cinta ney..

awak...
jangan pernah ragu dengan cinta ini..
 kerana saya akan mncintaimu dengan penuh kasih sayang..
 kerana saya percaya bahawa Allah itu mnciptakan yg terbaik untuk saya... 
saya juga akn menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu..
dan saya harapkan bahawa awak akan menerima diri ini seadanya.... 
saya tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, 
banyak kekurangan yg wujud dlm diri ini..
saya harap awak sanggup bersama dengan saya dan menerima segala kekurangan saya.....
saya tahu awak seorang yang kacak, romantik
dan dapat membimbingku menuju ke jalan yg di redhai oleh Allah..InsyaAllah...

AWAK..
DOAKAN yang baik-baik untuk saya ya, saya juga BERDOA untuk awak..
saya janji, InsyaAllah..










Saturday, March 03, 2012

SMILE VS CRY



Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..



✿~ AIR MATA ini mengalir izin dariNya..
✿~ SENYUMAN ini dilakar izin dariNya..
✿~ KEGEMBIRAAN ini tercipta izin dariNya..
✿~ KESEDIHAN ini dirasa izin dariNya..

Apa yang ku RASA, semuanya adalah IZIN dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..aku ingin BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..


JANGAN MENILAI orang, kamu tidak tahu apa yang telah dilaluinya..kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA, tapi kamu tidak tahu apa yang DIRASAKAN oleh hatinya…


p/s : 

>.Saya hanya WANITA BIASA yang memerlukan SEKEPING HATI yang luar biasa..HATI yang KUAT, TEGUH, SABAR..dan REDHA, biarlah manusia menilai diri ini mengikut caranya, mengikut pemikirannya, mengikut cita rasanya tetapi yang pasti NILAIAN Allah adalah yang terbaik buat diri ini..
>.Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi..

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD