Sunday, January 08, 2012

renungan pagi ahad

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
 “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

berdasarkan hadis ney ye...cheq nak buat kesimpulan la..ney pendapat cheq la..

1) JANGAN PENTINGKAN PARAS RUPA SANGAT
selalu cheq dengar orang cakap.."biar muka tak hensem/segak..janji hati baik..iman mantap.."
kalau iman kita kuat..orang yang tengok pon nampak sejuk ja mata memandang walaupun muka kita tak sehebat yang lain...biar tak ada rupa macam artis korea..asalkan sejuk mata memandang.

2) JANGAN KEJAR HARTA SANGAT
kalau harta banyak..mungkin pasangan itu akan hidup senang..tapi hati tak tenang kalau iman tak kuat..
kalau ada duit hati tak tenang, boleh pergi melancong jauh-jauh..tinggal semua orang yang kita tak suka..
mesti ada yang pikir macam ini kan..pikir lah balik..pergi melancong jauh-jauh kalau jauh dari ALLAH, tenang ke hati tu?? nak gembira sekejap ja..nanti akan datang balik kesedihan.. tak semua kehidupan kita dihiasi pelangi kerana hidup ini ibarat roda.ada yang diatas dan yang diatas akan berada dibawah suatu hari nanti.

3) KEBAHAGIAAN DALAM REDHA ALLAH
jika kita melakukan sesuatu kerana manusia, kita hanya akan bahagia apabila dipuji, dan selagi manusia itu hidup di muka bumi. Jika kita melakukan sesuatu kerana mencari redha Allah, kita akan merasa bahagia selamanya.
kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana ketaatan keluarga kepada Allah. 

ney semua pendapat cheq saja..kalau ada yang kurang boleh la komen ye..cheq sedia terima teguran atau apa-apa saja..tak salah kongsi ilmu kan..    

No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD