Tuesday, February 28, 2012

Jika Dia Untukku

Allah merahmati seorang suami yang bangun di malam hari lalu dia solat dan membangunkan istrinya,jika sang istri enggan, percikkan air ke wajahnya dan Allah merahmati seorg istri yang bangun di malam hari lalu ia solat dan membangunkan suaminya jika suaminya enggan, percikkan air pd wajahnya..

(HR Abu Daud)


Yang ku pinta bukan kekayaan didunia..
Bukan kehidupan yang sempurna didunia..
Tak ku kejar nikmat dunia kerana itu melalaikan..
Cukuplah dengan bimbingan ilmu agama darimu..
Menuju ke jalan Illahi..
Hanya itu kebahagiaan yang hakiki..

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup.. ;)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

::semua orang ada pasangannya yang ditentukan oleh Allah..bezanya lambat dan cepat je untuk kita bertemu dengan pasangan yang telah ditetapkan...banyakkan berdoa dan buat istikarah..InsyaAllah kita akan bertemu dengan pasangan kita...


No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD