Friday, March 09, 2012

kepada dirimu...


"Kerana dirimu yang telah membuatku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku, 
maka..layaknya dirimu DISAYANGI selalu..
dan aku rasa BANGGA sekiranya dapat memilikimu kelak.."


Alhamdulillah...sangat bersyukur dapat mengenali dirimu..
daku banyak mendekatkan diri kepada Allah penciptaku..
nasihat dan teguran yang kamu selalu berikan kepadaku..
telah banyak merubah kehidupanku dan tingkah laku ku..

kepada awak bakal suamiku..
insyaAllah..
usah dikenang perkara yang berlalu..
kalau ia satu keburukan awak jadikan pengajaran..
kalau ia satu kebaikan awak jadikan ia sebagai teladan..
saya tidak memilih awak melalui kisah silam..
saya memilih awak kerana diri awak sekarang..
peribadi awak..tingkah laku awak dengan sahabat-sahabat..
kasih sayang awak sesama saudara-saudara dan rakan-rakan awak..
sudah cukup buat saya tertarik dengan awak..
jangan pernah awak biarkan kehidupan lampau awak membelenggu awak..

awak..
saya harap rasa sayang saya kepada awak tidak melebihi rasa sayang saya kepada NYA..
saya harap rasa cinta saya kepada awak tidak melebihi rasa cinta saya kepada NYA..
saya harap rasa rindu saya kepada awak tidak melebihi rasa rindu saya kepada NYA..
kita peliharalah rasa cinta dengan sebaiknya..
biarlah berlandaskan agama..
janganlah kita lalali dengan rasa cinta ney..

awak...
jangan pernah ragu dengan cinta ini..
 kerana saya akan mncintaimu dengan penuh kasih sayang..
 kerana saya percaya bahawa Allah itu mnciptakan yg terbaik untuk saya... 
saya juga akn menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu..
dan saya harapkan bahawa awak akan menerima diri ini seadanya.... 
saya tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, 
banyak kekurangan yg wujud dlm diri ini..
saya harap awak sanggup bersama dengan saya dan menerima segala kekurangan saya.....
saya tahu awak seorang yang kacak, romantik
dan dapat membimbingku menuju ke jalan yg di redhai oleh Allah..InsyaAllah...

AWAK..
DOAKAN yang baik-baik untuk saya ya, saya juga BERDOA untuk awak..
saya janji, InsyaAllah..










No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD