Friday, April 22, 2011

migraine

salam....
dalam orang tengah sibuk-sibuk study untuk final exam...cheq still nak update blog..
ok ney cita pasal MIGRAINE...
biasa la time2 nak final ney...mesti la ramai yang stay-up..so..
cheq selalu la kalau berjaga sampai malam ney..
esoknya..confirm MIGRAINE..
ok...sini nak cita sikit pasal penyakit ney...

Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan
oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan
menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan
menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa
pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan
kesan kepada pandangan.

tanda-tanda:

1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.


baru-baru ney..cheq ada pergi hospital kerajaan tok check pasal penyakit ney..
tapi doktor tue check macam tue ja..tak bersungguh-sungguh..
last2 suruh pegi ambil ubat..macam tue ja check...
so sekarang tekad pegi klinik swasta ja..tapi belum ada kesempatan..

ok lah...cheq nk sambung study..nanti cheq update lagi..
doakan cheq ye untuk final ney....

No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD