Sunday, November 27, 2011

Beras RM 3???



Kejadian berlaku di stesen bas Butterworth..depan toilet perempuan berdekatan dengan pondok polis..mengadap tempat kereta atau motorsikal menurunkan penumpang atau sedara mara yang nak naik bas..


Sedang asyik menunggu si dia yang dalam perjalanan nak amik cheq..dengan sabarnya cheq menunggu walaupun dalam keadaan panas..ternampak kelibat seorang perempuan dalam lingkungan 30-an di celah-celah orang ramai..
Cheq yang melihat wanita itu terus mengukirkan senyuman setelah menyedari wanita itu melihat cheq..wanita itu melintasi cheq yang sedang duduk di bangku yang disediakan.
Setelah beberapa minit, cheq menoleh ke kiri dan tanpa disedari, wanita tersebut baru keluar dari toilet dan melihat ke arah cheq..buat kali kedua cheq senyum lagi..wanita itu bergerak ke arah cheq dan...


wanita : Adik..akak nak minta RM3 nak beli beras dik..akak takda suami..mak pon dah tak da..anak ramai..duit tak da nak beli beras..


cheq terus mengambil purse di dalam beg tangan dan mengeluarkan RM3..terus wang itu diberi ke wanita itu..


end of the story..


selepas itu..cheq terpikir..badan sihat..bawa handbag cuma tudung ja dia buat macam tak terurus..yang lain semua okey..
tapi yang menjadi kemusykilannya:

1) Kenapa tak kerja kalau dah badan sihat?
    Minta sedekah??ambil jalan mudah ka?kerja lain kan boley buat. ye mungkin tak da kelulusan..tapi tu bukan alasan! yang lain tak da kelulusan pon boleh kerja..usaha la sikit.jangan nak ambil jalan mudah dengan pura-pura miskin, tak bersuami dan anak ramai untuk dijadikan modal minta simpati orang..
2) Kenapa dekat cheq ja dia minta??
    Ramai lagi yang ada dekat sekeliling cheq..bukan cheq nak pertikai..tapi tadi nampak sangat dia macam nak tuju ke cheq..sebab cheq senyum ka yang dia berani minta ke cheq??yang lain muka kelat ja time tue..lepas minta tue terus ja jalan cepat-cepat..macam buat salah besar ja..takpa..cheq halalkan kalau kenyataan akak tu tak benar..tue urusan akak dengan Allah.
3) Beras ada ka jual RM3??
    Beras RM3 dapat banyak mana??kata anak ramai..macam mana nak bagi makan..mama cheq pon tak caya..zaman sekarang macam-macam cara orang nak dapatkan duit...kalau dulu ya! cheq percaya ada beras RM3..sekarang mustahil!!


MORAL OF THE STORY:
Selalu berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Jangan pernah percayakan orang asing atau yang anda tidak kenali. Pikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.

No comments:

HAK MILIK NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD